Online Diary Secret Of Syazana
HORMAT MENGHORMATI

Hye hye hye elow kawan kawan ku semua
yeah hari ini zana nak bertulis berkarang lagi la hrmm tentang
ape yeah kali nie cer tengok dekat atas nie tajuk
hormat menghormati kan kan .
so rasanya dengan siapa kah yang perlu kita hormat menghormati yea ?
dengan sahabat , adik adik , akak akak , abang abang , yang paling penting
semestinya pada kedua dua orang tua kita kan .
jangan pula korang dah ada boyfriend gurlsfriend yang hot chili papper nie
korang boleh pula pergi biadap dengan kedua dua orang tua gara gara
nak kata nak pertahankan hubungan korang yang akan kekal lama la erk ?
coit korang tahu kea dorang toh akan kekal dengan korang . tol kea dia setia
dan bla bla bla bla dengan korang semua haaa cer jawap kejap ?
rasanya semua akan tertanya tanya kan kan so entry zana nie
zana nak share sedikit sebanyak la tentang yang terjadi pada hari ini ha
betul betul depan mata zana apabila zana duduk di kedai makan berhadapan
rumah sewa zana yang zana sedang duduk sekarang ini .
ada seorang pakcik tua ini yang sangat sangat la dah berumur apabila zana
melihatnya zana terlalu sedih dan sebak di dada nie kerana tertiba terpikir
di manakah anak anak ATOK ini kan . kesian tengok atok tua toh .
berserba putih suci di hadapan zana sedang makan roti canai berserta teh o panas
kawan kawan zana tengah seronok makan yang zana asyik melihat tokwan toh sahaja
kerana hati nie berasa sungguh kesian dan pilu melihat apabila
dia duduk sorang sorang dan bercakap sorang sorang . 
bagi zana mungkin tok wan itu terlalu memikirkan hal hal yang dia alami
atau pun dia teringatkan tentang anak anak nya yang lama tidak berjumpa .
Semua itu kita tidak akan tahu apa yang terbuku di hati tokwan itu tetapi allah s.w.t
sahaja yang akan tahu tentang nya betul tak kawan kawan ku .
so apabila terjadi macam toh kat depan mata zana . zana terus terpikir andai kata
nasib tokwan itu terjadi dekat ibu ayah zana . yaallah pilu hati ini dan sebak dada ini
tidak rela zana melihat ibu ayah yang telah menjaga zana selama bertahun tahun akhirnya
di tinggalkan hidup hidup tanpa terurus dan di jaga dengan rapi oleh kita si anak .
rasa rasa korang sanggup kah korang semua lakukan sebegitu dekat ibu ayah korang ?
zana tahu walaupun ramai yang akan kata ibu ayah tak sayang kita kerana larang itu ini
tak kasi kita buat apa yang kita ingin kan , marah sanggup pukul kita macam macam
tetapi adakah korang sedar itu semua kerna mereka sayang akan anak mereka kerana mereka
nak kan yang terbaik untuk si anak ini di masa hadapan ?

oleh itu zana hanya inginkan kawan kawan zana yang lain pergi mohon maaf kepada ibu ayah
korang yang masih lagi bernyawa , dapat teman kita di muka bumi ini sebelum semuanya berakhir .
nanti bila berakhir semua nya adakah kita sempat untuk memohon maaf atas semua kesalahan kita
selama ini ? zana rasa tidak sempat kerana ajal maut semua kita tak pernah tahu
itu semua ketentuan ALLAH S.W,T sahaja kita sebagai insan biasa di muka bumi ini
hanya dapat berjaga jaga dan menghindari dari melakukan sesuatu yang akan melukai hati
ibu ayah kita kerana kita semua tahu kerana jika kita terbuat ibu kita mengalirkan air mata
dengan peragai biadap kita , kita suda akan masokkan ke neraka
kerana apabila di alam akhirat nanti apabila di soal kan .
siapakah yang perlu kita hormati dan sayangi ialah
ibu , ibu , ibu baru lah ayah .
lihat betapa agung nya seorang ibu di alam akhirat nanti
walaupun ayah di peringkat ketiga tetapi kita perlu menghormati juga
kerna tiada ayah tiada lah kita , tiada ibu tiada juga kita di muka bumi yang indah ini .
oleh itu jom kita semua pergi memohon maaf kepada kedua dua ibu bapa kita nie kawan kawan
sebelum terlewat dan berakhir tanpa kita duga .
so setakat sini sahaja yang dapat zana kongsikan walaupun agak ringkas dan tidak
bermakna bagi anda ambik la sebagai peringatan . walaupun entry ini korang suda tahu
atau korang sedar akan perkara perkara ini korang boleh abaikan .
zana hanya insan biasa yang ingin berkongsi apa yang zana alami dan rasai dengan
sahabat sahabat zana yang zana hormati dan kasihi sekalian .
sekian dari saya owner SOS ( secret of syazana ) 

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment