Online Diary Secret Of Syazana
AWI RAFAEL BUAT TATU ??


BETUL OR NOT MARI KITA BACA ARTIKEL YANG
TELAH ZANA DAPATI DARI SUMBER TERDEKAT .

awi rafael TAK pernah muncul dengan kontroversi, tapi baru-baru ini muncul gosip 
yang mendakwa Awi sebenarnya menyorokkan sesuatu.
Saya tak pernah sorok apa-apa.
Betul atau tidak ada yang mengatakan Awi mempunyai tatu di badan?
Ini cerita tak betul. Kalau saya ada tatu mana buktinya? Saya tak pernah buat tatu pun.
Ada pihak mendakwa Awi ada tatu dan kerana mahu menyorokkannya 
Awi sengaja memakai baju berlengan panjang, jaket dan sebagainya. Komen Awi?
Terus-terang saya cakap, saya memang suka pakai jaket dan pakaian 
yang berlengan panjang. Sejak zaman saya dengan kumpulan BumiBand lagi. 
Memang saya begini. Bukan nak sorok tatu.
Kalau tak betul masakan orang bercakap?
Untuk apa saya nak menunjuk-nunjuk badan saya? Saya ni bukannya model. 
Saya ni pengkarya, penulis lirik. Dunia saya adalah berkarya. 
Bukannya nak tunjuk-tunjuk badan. Tak semestinya saya pakai jaket saya bertatu.
 Saya tak ada tatu. Tapi kudis bekas kemalangan tempoh hari tu adalah.

Bila tuduhan begini timbul, Awi tak risaukah orang akan kata Awi macam-macam?
Bagi saya senang saja. Saya tak akan layan apa jua gosip seperti ini. 
Tapi biasalah, saya faham bila cerita begini timbul, lepas tu orang tengok 
saya suka pakai lengan panjang pula tu, maka macam-macam andaianlah keluar. 
Mereka ada rasa ingin tahu. Itu biasa. Saya tak akan melatah walau tahu cerita ini tak betul.
Macam sesetengah artis, mereka akan mengamuk kalau terkena gosip begini, 
Awi pula tenang. Tenang atau buat-buat tenang ni?
Saya lebih suka bersikap jujur dalam setiap apa yang dilakukan.
 Memang ia negatif, tapi saya anggap ia satu pembakar semangat untuk saya. 
Kalau boleh saya tak mahu hilang fokus berkarya kerana benda-benda begini.
 Kalau orang datang bertanya, saya akan jawab. Macam media, 
mereka menjalankan kerja mereka sahaja. Bagi saya, selagi orang hormat saya, 
maka saya akan hormat mereka. 
Tapi tak eloklah tuduh orang yang bukan-bukan.
Selain isu tatu, Awi juga dikatakan susah nak bagi kerjasama 
dengan sesetengah pihak media. Apa komen Awi?
Kadang-kadang saya mengaku terlepas pandang mengenai hak ini. 
Tapi jadual saya padat. Mungkin semasa mereka buat panggilan dan 
sebagainya, saya ada hal lain dan memang tak dapat nak beri kerjasama.
 Tapi biasanya saya akan menghubungi mereka semula dan minta maaf. 
Bukan sengaja nak buat perangai. Siapalah saya ini. 
Kadang-kadang keadaan yang menyebabkan saya tak dapat beri respons. 
Apa pun ikhlas dari hati saya mohon maaf kalau ada yang terasa dengan saya. 
Harap selepas ini tak ada yang salah faham lagi.


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment