Online Diary Secret Of Syazana
MISTERI DISEBALIK MAKNA CANTIK


Usah terkejut kalau ada orang melahirkan rasa hatinya pada korang, 
sedangkan korang merasakan tiada apa-apa istimewanya korang. 
Begitulah hebat dan misterinya kehidupan.
 Ukuran manusia tentang kecantikan dan ketampanan memang tidak pernah sama.

Ada orang mabuk dengan seseorang sedangkan menurut pandangan orang lain,
 wajah semacam itu tidak patut dimabuk-mabukkan. Misterinya suara hati memang sukar dibaca.
 Tidak ada sebarang alat untuk mengukur makna cantik atau tampan pada seseorang.

Ukuran cantik atau tampan ini sentiasa berlainan antara seseorang dengan seorang yang lain. 
Maka itu, usah hairan jika seseorang wanita dinobatkan sebagai ratu dunia, 
padahal ramai lagi wanita di pejabat kita yang kita rasakan mengatasi kecantikan ratu itu. 
Begitu juga, mungkin ada wanita di kampung kita, kita rasakan lebih cantik daripada para model yang popular.

Sebab apa? Sebab persepsi kecantikan tidak pernah sama antara manusia. 
Ada orang anggap hidung yang sedikit mancung sebagai cantik, ada orang tidak.
 Ada orang rambut yang mengurai sebagai cantik,ada orang menganggap rambut 
yang ditutup sebagai kecantikan yang mengatasi. 
Ada orang menganggap putih melepak itu sebagai cantik ada orang suka yang hitam.

Ada orang mentafsirkan kecantikan itu mata yang bundar tetapi ada orang merasakan yang sepet
 seperti Jepun atau Cina itu yang lebih menawan. Ada orang menganggap bibir yang
 nipis itu cantik tetapi ada juga orang yang mengatakan bibir tebal lebih mengancam.

Di sebuah kawasan terpencil di utara Thailand, terdapat sekelompok manusia 
yang mentafsirkan cantik itu leher yang jinjang. Maka, para wanita memakai besi 
lilit di leher untuk memanjangkan leher masing-masing. Alangkah seksanya 
untuk menjadi cantik menurut penilaian masyarakat ini.




Begitu juga di sebuah penempatan di Afrika, cantik ditafsirkan mulut yang lebar. 
Semakin lebar mulut semakin cantiklah mengikut ukuran kelompok ini. 
Maka para lelaki dan para wanitanya memakai piring besi berbentuk bulat di mulut. 
Piring ini ditukar kepada yang lebih besar dari semasa ke semasa. 
Begitulah misteri dan luasnya makna cantik dan tampan. 
Jadi, usah terlalu susah hati jika korang merasakan korang tidak begitu menarik.

Korang tetap cantik di mata orang yang mentafsirkan kecantikan
 itu bukan sekadar wajah tetapi mungkin keseluruhan korang. 
Ini termasuklah gaya jalan korang, cara nada bertutur, pendirian serta 
sikap korang terhadap sesuatu perkara. Jika korang belum mendapat teman,
 bukan cantik masalahnya, cuma korang belum bertemu dengan orang yang 
mentafsirkan cantik itu menurut apa-apa kelebihan yang ada pada diri korang.

Sebenarnya tiada manusia yang buruk, lantaran setiap daripada kita ini 
dicipta oleh Tuhan yang Maha Bijaksana. Masakan ciptaan Tuhan itu tidak cantik, 
malah dalam islam kecantikan bukan terletak pada wajah atau keturunan tetapi apa 
yang ada di dalam hati. Baik sang hati baiklah seluruh badan, jahat sang hati jahatlah seluruh badan.
 Agama menilai kecantikan itu iman yang teguh, kukuh dan padu.

Siapa kita untuk mempertikaikan ciptaan-ciptaan TUHAN. Sudah tentu kita tidak layak. 
Tetapi ramai orang mempertikai TUHAN setiap kali menghadap cermin. 
Berkacalah tatkala bercermin sebab dengan berkaca cermin akan memberitahu 
korang apakah korang yang berdiri di situ atau perasaan dan keegoan korang yang menampani.
 Siapa korang, korang sendiri yang menentukan.

Pandangan manusia semuanya tidak sama. Sejuta yang mengatakan korang tidak indah, 
sepuluh juta mungkin mengatakan yang sebaliknya. 
Hanya korang belum bertemu muka dengan yang sepuluh juta itu.
 Itu saja yang membezakan.


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment