Online Diary Secret Of Syazana: don't judge people without to know who they really are

don't judge people without to know who they really are

assalamualaikum semua nya
heloww hari nie zana terlebih rajin lagi la nak update blog
sedangkan hari selasa nie zana ada exam advertising tau
tapi di sebabkan sayang kan kawan kawan yang sudi melawat blog zana nie
so zana nak update la sikit sebanyak tentang kisah yang terjadi or anything dalam blog nie kan
so tajuk entry ini ialah don't judge people without to know who they really are .
wahh kau speaking toh ohmy english sory la tak berapa pandai cakap omputih pun
so dengan melihat tajuk macam toh kan agak agak kawan kawan la kan zana nak cerita
tentang apakah ?? musuh ? kawan ? atau sapa sapa ? haaa
ofcos la tentang zana kan sebab nie blog pribadi zana .
ok nak di jadikan cerita la now zaman moden kan
memang sering sangat la orang zaman la nie suka gila
nak nilai seseorang itu tanpa mengetahui sapa sebenarnya hamba allah nie
betul tak ? mesti kawan kawan semua pernah alami macam nie juga kan
di nilai ikut suka hati mereka saja kan last last diri ini yang di burukan
haaa sabar saja la so bagi kes yang zana nak share nie bukan nya terjadi dekat zana
tapi mungkin juga terjadi di kalangan kawan kawan yang ada
zana just nak share sedikit la kan .  perlukan kita menilai seseorang itu tanpa 
selidik diri orang itu dengan diri kita sendiri bukan kah itu benda yang kurang bijak ?
sedangkan kita nak kenali seseorang itu biar lah kita menilai dengan diri sendiri
tak perlu nak pergi tanya atau pun mendengar tomahan dari orang lain
sedangkan kita semua tak akan pernah tahu NAWAITU seseorang hamba
allah yang ada di muka bumi pada zaman sekarang ini 
yea la memang kita nampak wanita bertudung labuh , lelaki berserban
semuanya kita nampak mereka itu umpama alim di hormati
orang yang tidak menutup aurat dan lain lain itu jahat belaka
ohh tidakk kawan kawan kita jangan anggap macam tuh ok
memang la ramai yang beranggapan macam tuh but
if dalam zaman sekarang ini ia mungkin akan jadi terbalik tau 
akhir zaman la kata kan so bagi kes zana nie
bukan nak bongkak atau pun riak , asanya semua orang pasti
akan mengalami situasi macam ini kan bila ada yang mencuba
mengfitnah kita , memburukkan kita dan so on nya kan
walaupun kita tidak mengenali seseorang itu kita tidak perlu menilai
orang itu tanpa sebarang bukti kerana setiap manusia nawaitu mereka lain
dan kelukuaan mereka berjuta gaya yang tidak dapat kita nilai kan dengan betul
if bagi diri zana ada juga kes di mana orang akan kata
zana nie sombong , perasan itu ini , jahat mulut itu ini itu ini
ohh yes memang zana macam itu dan mungkin juga bukan macam itu
kerana kadang kala apa yang kita lakukan kita tak pernah sedar
hanya allah yang mengetahui apa yang berlaku dan apa yang di lakukan oleh hambanya .
oleh itu juga jika di beri peluang kita tidak perlu menilai seseorang itu dan kalau rasa nak menilai juga
biar lah kita menilai seseorang itu dengan perkara yang baik bukan sebaliknya
kerana ia akan memberi kita dosa yang percuma . betul tak kawan kawan semua
so moral of the entry kali ini ialah tak payah la nilai orang lain sangat
mari kita nilai diri kita nie dulu adakah kita sudah cukup akhlak , pengangan agama
dan lain lain kewajipan yang telah allah s.w.t perintahkan
bila dah cukup dan sempurna itu semua baru la kita menilai orang itu
mengikut kehendak hati kita yang mulia itu oke
so setakat sini sahaja la yea kawan kawan semua
maaf jika ada pihak yang terasa kerana entry ini hanyalah
untuk berkongsi pendapat sahaja bukan nak menuduh mana mana pihak yang ada
harap maklum dan assalamualaikum

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment