Online Diary Secret Of Syazana: MEROKOK ADALAH HARAM DI SISI AGAMA ( sambungan )

MEROKOK ADALAH HARAM DI SISI AGAMA ( sambungan )

3. Al-Syeikh Hasanain Muhammad Makhluf, bekas 
Mufti Mesir dalam Kitabnya Fatawa Syariyyah 
Wa Buhuth Islamiyah menyatakan:

“ Sesungguhnya tumbuhan (tembakau) ini dahulunya belum dikenali. 
Apabila ia diperkenal dan digunakan oleh manusia untuk merokok, 
maka ulama’-ulama’ fiqh daripada pelbagai mazhab Islam telah 
membincangkannya untuk menetapkan hukumnya berdasarkan 
prinsip (qaedah fiqhiyyah) yang telah ditetapkan.”

“Sesungguhnya berdasarkan hukum asal sesuatu itu harus. 
Tidak akan terkeluar daripada prinsip asal melainkan adanya 
perkara-perkara yang mengubah hukumnya menjadi haram atau sebagainya.”

Dalam isu merokok ini, sebab yang menjadikannya haram ialah 
kesan mudharat dan bahayanya sehingga meruntuhkan lima asas utama 
(al-Kulliyatul Khams) yang wajib dipelihara oleh setiap manusia iaitu
 agama, jiwa, maruah keturunan, akal dan juga harta.

Sebuah kajian dari seorang saintis Belanda menggoncangkan awam. 
Dia mencari kandungan hemoglobin (darah merah) dari 
babi sebagai salah satu bahan untuk filter rokok.

Fakta mengejutkan ini didedahkan penyelidik dari Eindhoven, Belanda, 
Christien Meindertsma, dan lalu disokong oleh Profesor Kesihatan Awam 
dari University of Sydney, Simon Chapman.

Hemoglobin atau protein darah babi, ternyata digunakan untuk 
membuat penapis rokok agar lebih efektif untuk menangkap bahan kimia berbahaya, 
sebelum masuk paru-paru seorang perokok. Menurut Chapman, 
industri rokok dunia memang kerap merahsiakan bahan-bahan yang mereka gunakan.

"Menurut mereka, ini adalah perniagaan dan rahsia perniagaan
 kami," kata Chapman seperti dilansir News.com, Khamis (1/4/2010).

Prof Chapman mengatakan kajian ini memberitahu dunia tentang 
rahsia pembuatan rokok, dan untuk meningkatkan kepedulian terhadap 
umat Islam dan Yahudi yang taat, kerana babi sangat diharamkan bagi kedua-dua agama tersebut.

"Masyarakat Yahudi dan Muslim pasti akan menanggapi hal ini 
dengan sangat serius, dan juga para vegetarian," jelas Chapman.
 Tak ayal penemuan ini menjadi bahan perbincangan serius para ulama 
Islam dan para agamawan Yahudi di pelbagai negara

Bahan kimia yang terkandung dalam rokokBerikut adalah beberapa 
bahan kimia yang terkandung di dalam rokok: [3]
Nikotin, kandungan yang menyebabkan perokok merasa rileks.
Tar, yang terdiri daripada lebih dari 4000 bahan kimia yang mana 
60 bahan kimia di antaranya bersifat karsinogen.
Sianida, sebatian kimia yang mengandungi kumpulan cyano.
Benzene, juga dikenali sebagai bensol, sebatian kimia organik yang
 mudah terbakar dan tidak berwarna.
Cadmium, sebuah logam yang sangat beracun dan radioaktif.
Metanol (alkohol kayu), alkohol yang paling mudah yang juga 
dikenali sebagai metil alkohol.
Asetilena, merupakan sebatian kimia tak tepu yang juga merupakan 
hidrokarbon alkuna yang paling sederhana.
Amonia, boleh didapati di mana-mana, tetapi sangat beracun dalam
 kombinasi dengan unsur-unsur tertentu.
Formaldehid, cecair yang sangat beracun yang digunakan untuk mengawetkan mayat.
Hidrogen sianida, racun yang digunakan sebagai fumigan untuk membunuh semut.
 Bahan ini juga digunakan sebagai bahan pembuat plastik dan racun perosak.
Arsenik, bahan yang terdapat dalam racun tikus.
Karbon monoksida, bahan kimia toksik yang ditemui dalam asap buangan kereta.

Dengan kata lain merokok, memakan BABI, minum ARAK, berZINA 
dan yang sewaktu dengannya adalah pekerjaan yang sama. HARAM.
Dengan kata kasih sayang kepada rakan-2 perokok sekelian mulalah 
berhenti merokok dari sekarang.

( sekadar berkongsi dengan sumber yang telah di perolehi )
renung renungkan semua kawan kawan ku 

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment