Online Diary Secret Of Syazana: MEROKOK ADALAH HARAM DI SISI AGAMA

MEROKOK ADALAH HARAM DI SISI AGAMA

Assalamualaikum wahai rakan2 ku merokok adalah HARAM.

Allah berfirman di dalam Surah al-Baqarah ayat 195- bermaksud: 
"Jangan kamu mencampak diri kamu kepada kebinasaan".

Antara Fatwa merokok itu HARAM ialah:-
·         Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan 
Hal Ehwan Islam Malaysia kali ke 37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 di Kuala Lumpur
·         Fatwa yang termasyur di seluruh dunia iaitu Al-Marhum Mufti Saudi, Syeikh Abdul Aziz bin Baaz
·         Fatwa Al-Azhar terdahulu iaitu Syeikh Abdullah Al-Masyd (Ketua Lembaga Fatwa Azhar), Dr. Ahmad Umar Hashim (Naib Canselor Al-Azhar) dan lain lain. 

10 SEBAB MENGAPA ISLAM MENGHARAMKAN ROKOK
1. Rokok menjejaskan akal (mental)
2. Rokok membahayakan kesihatan fizikal
3. Rokok membahayakan keselamatan diri dan orang lain.
4. Rokok membahayakan keturunan
5. Rokok mengganggu manusia lain.
6. Rokok menimbulkan akhlak buruk
7. Rokok mensia-siakan waktu hidup
8. Rokok bercanggah dengan maruah Islam
9. Rokok membazirkan harta (wang)
10.Rokok mengandungi dadah (nikotin dan arak)

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal 
Ugama Islam Malaysia Kali Ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 
telah membincangkan Hukum Merokok Dari Pandangan Islam. 
Muzakarah telah memutuskan bahawa merokok adalah haram 
dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudharatan.
Keterangan/Hujah:

1.  Keputusan yang telah diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa 
Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia tersebut 
adalah bersandarkan kepada hujah-hujah berikut:

i. Rokok mengandungi pelbagai jenis racun. Fakta daripada kajian-kajian 
perubatan telah membuktikan bahawa setiap batang rokok mengandungi 6-8 mg. 
nikotian dan pelbagai bahan kimia lain. Setiap sedutan asap rokok sebenarnya kita 
telah menghidu sebanyak 4,000 jenis bahan kimia yang boleh memudharatkan badan.

ii. Ketagihan tembakau bukan hanya menimbulkan masalah kepada 
perokok, malah ia berada di tempat keempat dalam senarai faktor risiko
 bagi penyakit serius yang menular di seluruh dunia. Tabiat merokok dikaitkan 
dengan risiko barah, penyakit jantung dan masalah pernafasan. 
Terdapat beberapa jenis penyakit yang berpunca dari merokok, 
antaranya ialah kanser kerongkong, kanser mulut, katarak 
(sejenis kerosakan mata yang menyebabkan kanta mata berselaput dan rabun),
 ulser perut, penyakit jantung, strok, penyakit paru-paru,
 emfisema paru-paru dan banyak lagi.

iii. Pada masa kini jumlah perokok sama ada dinegara maju atau negara 
membangun masih begitu besar, walaupun berbagai usaha telah dibuat oleh 
Kerajaan serta badan-badan sukarela bagi menyedarkan orang ramai tentang 
bahayanya merokok kepada orang ramai. Di Malaysia, merokok 
menyumbang kepada lebih 10,000 kematian setahun; 30% daripadanya 
disebabkan 10 jenis kanser, iaitu paru-paru, mulut, esophagus, tekak, 
pankreas, pundi kencing, buah pinggang, serviks, kolon dan perut. 
Sebanyak 50% kematian berpunca daripada sakit jantung dan strok. 
Kerajaan telah membelanjakan banyak wang untuk merawat berbagai 
jenis penyakit yang dikaitkan dengan tabiat merokok dan negara juga 
mengalami kerugian kira-kira RM 20 billion setahun bagi menanggung 
kos rawatan dan kehilangan produktiviti.

iv. Imam al-Syafi’e telah mengeluarkan fatwa dalam kitabnya yang
 masyhur al-Umm iaitu:” Jika mereka mengambil 
(sesuatu makanan, minuman atau sesuatu yang dihisap, dihidu dan disedut) 
yang boleh memabukkan, maka perbuatan itu adalah jelas haram. 
(Termasuklah) yang mengandungi racun yang menyebabkan kematian. 
Aku tetap menganggap (menfatwakan) ia adalah haram. 
Allah swt mengharamkan (apapun jenis) pembunuhan kerana 
pembunuh bermakna membunuh diri sendiri”.

v. Para ulama’ sepakat menyatakan bahawa merokok hukumnya 
haram kerana ianya jelas memudharatkan kesihatan, membazir 
dan mensia-siakan harta serta dikategorikan sebagai satu 
perkara keji, berdasarkan nas-nas berikut:

a. Firman Allah swt dalam Surah al-Baqarah, ayat 195 yang 
bermaksud: “Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan 
diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan”.

b. Firman Allah swt dalam Surah al-A’raf ayat 157 yang bermaksud;
 “ Dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik dan 
mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk”.

c. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
 “ Tidak boleh memberi mudharat dan membalas dengan kemudharatan”.
 (Hadith riwayat Ahmad, Malik, Ibn Majah dan al-Daraqutni)

d. Kaedah Usul Fiqh: درء المفاسد مقدم على جلب المصالح yang bermaksud 
“ menolak kerosakan adalah didahulukan daripada mencari kemaslahatan”

e. Imam Ibn. Hazm dalam kitabnya al-Muhalla, jilid 7, 
halaman 503 (masalah no. 1027) menegaskan bahawa : 
“Pemborosan adalah haram”. Yang dimaksudkan dengan pemborosan di sini ialah:

i. Membelanjakan wang untuk perkara yang diharamkan oleh Allah swt,
 samada banyak atau sedikit, walaupun sebesar sayap nyamuk sekalipun.

ii. Pembaziran yang tidak ada keperluannya.

iii. Membuang wang, betapa kecilpun jumlahnya kerana dengan 
membuang tanpa tujuan itu menjadikannya sia-sia.

vi. Beberapa negara Islam dan beberapa ulama’
muktabar telah mengeluarkan fatwa tentang amalan merokok.

Antaranya seperti berikut:

a. Kerajaan Arab Saudi mengeluarkan fatwa 
bahawa merokok, menanam tembakau dan memperniagakannya 
adalah hukumnya haram kerana daripadanya terdapat kemudharatan.

b. Ulama’-ulama’ semasa Mesir seperti Dr. Abdul Jalil Shalaby 
mengatakan merokok adalah haram kerana ia boleh mendatangkan 
kemudharatan kepada kesihatan masyarakat.



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment