Online Diary Secret Of Syazana: BERTUAH nya ENGKAU

BERTUAH nya ENGKAU

Assalamualaikum kepada semua kawan kawan ,
macam mana hari anda hari ini ?
semuanya ok ok sahaja kan wahh tak salah hari nie ada
GAMES MU di kaca televisyen kan ?
tapi malas la nak tengok hari nie so update blog la
kejap lagi dah selesai tanya dekat orang or ayah tentang result dah la
wahh boleh pula mcm tuh kan hehe 
so tajuk entry kali ini ialah berkaitan dengan nombor
nombor apakah itu nombor ekor ? haiii zana kau main nombor kuda kea ?
YAALLAH SUBAHANALLAH !
tidak tidak itu kan haram so entry zana memang tentang nombor
nombor di itu ialah 1446 ialah nombor paling bertuah untuk adik zana
yang telah memenangi cabutan bertuah di sekolahnya baru baru ini 
tambahnya pula di dalam family tak pernah lagi ada yang 
dapat hadiah seperti yang telah dia perolehi ewahh untung benor kau adik 
tapi apa apa pun syukur alhamdulillah reseki buat dia 
nak tahu hadiah apa yang telah dia perolehi itu ? 
haaa ini lah hadiah dia 

SAMSUNG CORBY II

untung la kau adik , reseki kau pada hari tuh .
selepas dia mendapat hadiah telefon bimbit , terlalu bertuah beliau pada hari tersebut
yea la sapa la yang nak berikan telefon seperti itu kepada dia kan
tambah pula nie dapat percuma dari cabutan bertuah
memang tersenyum la adik zana sepanjang hari semalam
dah macam kerang busuk bila tengok 24 jam dia tersenggeh senggeh jea kan
so dalam masa yang sama dia turut memenangi
tempat pertama dalam kawad kaki yang telah di jalankan pada hari yang itu juga
di sekolahnya . Reseki kau selepas UPSR adik ui .
dah dapat telefon canggih macam tuh jangan pelajaran kau abaikan yea
belajar belajar juga berfacebook dan bertelefon pun berpada pada
jangan terlalu leka pula yea adik . dalam masa yang sama juga zana terlalu suka dan seronok sangat bila 
zana memperolehi teddy bear yang sangat lah besar .
padahal itu teddy bear cousin zana tau just pinjam one night jea 
so di sebabkan dapat pinjam one night jea itu pun dah happy sangat sangat 


tadaaa nampak kan encik TEDD yang warna coklat tuh
dan ENCIK TEDDY warna putih toh
* wah nama encik TEDD dah macam dalam filem ADAM dan HAWA la pula
encik TEDD encik TEDD bagai kan haha trend zaman sekarang la pula kot
di sebabkan dapat pinjam untuk one night zana
terlalu happy la bila dapat memeluk dua dua encik tu
yea la sapa la yang nak berikan besor besor macam tuh
melainkan kita sendiri yang pergi beli dekat kedai kan .
harga encik TEDD toh pun dah hampir beratus sepupu belikan untuk adik kesayangan dia
nie kan pula orang istimewa yang nak belikan betul tak kawan kawan
eh adakah orang istimewa yang nak berikan dekat zana ?
wahh terpikir juga nie kau ada insan istimewa ka ? jawapanya oh masih tiada lagi
dok bergantung bertali satu lagi , tali belum di cantumkan lagi nie
masih menanti cewahh jiwang benor la kau nie HAHAHA
eh asyik cerita teddy coklat itu saja , teddy putih tu sapa berikan yea zana ??
jenggg teddy putih itu di beri oleh someone special la tapi teddy toh
dah berusia dekat 4 tahun lebih dah , sudah lama ada dengan zana tapi
zana tidak pernah bermain dan memeluknya sebab umie
telah menyorokkan dia di dalam stor aduhh sedih sangat sangat
tapi pada hari itu juga ENCIK TEDDY  itu umie telah berikan semula
siap di basuh lagi wangi benor teddy toh bila di peluk
so nampak kan dalam pic tu betapa happynya zana bila dapat
peluk kedua dua ENCIK tuh dengan penuh kemanjaan cewah manja kea .
entah la kan tapi sememangnya pada hari itu zana dan adik ketiga zana terlalu
happy apabila mendapat barang yang tidak di sangka sangkakan itu .
so setakat sini la kot merepek meraban zana pada malam ini untuk kawan kawan semua
terima kasih kerana membaca .



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment