Online Diary Secret Of Syazana: Puasa Sunat di Bulan Dzulhijjah

Puasa Sunat di Bulan Dzulhijjah

Assalamualaikum semua kawan kawan sekalian
pejam celik pejam celik pejam tak celik celik now telah masuk bulan baru dalam bulan islam
cepat betulkan masa berjalan sekarang nie so kali ini kita bertemu dengan bulan DZULHIJJAH
haaa kalau kita dengar saja bulan ini kita kan tahu tentang puasa sunat kan ?
so  jom zana kongsikan sedikit sebanyak banyak dan banyak tentang maksud 
di sebalik puasa sunat di bulan DZULHIJJAH ini yea kawan kawan semua .
kepada yang tak tahu maksud puasa sunat di bulan DZULHIJJAH ini
mari lah kita sama sama memahami ia dengan lebih mendalam .
BISMILLAH :
 
Puasa Sunat di Bulan Dzulhijjah

Quote:
Imam Ahmad Rahimahullah meriwayatkan dari Ibnu 
Umar Radhiyallahu'anhuma, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
"tiada hari yang lebih baik dan lebih di cintai Allah s.w.t untuk beramal baik padanya dari sepuluh hari dzulhijjah, maka perbanyaklah membaca tahlil (laailaahaillallah), takbir (allahuakbar) dan tahmid (alhamdulillah)".
Kalau pada Ramadan ada 10 hari terakhir yang mulia, kerana menanti lailatul qadar, maka pada bulan Dzulhijjah ada 10 hari pertama yang utama, di mana amal soleh yang dikerjakan pada hari-hari itu sangat dicintai Allah, bahkan melebihi jihad fi sabilillah. Mengingat keutamaan hari-hari tersebut Allah bersumpah dengannya dalam Alquran,

“Demi Waktu Fajar dan demi sepuluh malam.” (Surah al-Fajr, ayat 1-2)


Apakah kelebihan berpuasa dalam bulan Zulhijjah?
Apa pula kelebihan berpuasa pada hari Arafah?


Dari Hafsah r.a., katanya;

“Empat amalan yang tidak ditinggalkan oleh Rasulullah s.a.w. iaitu; puasa ‘Asyura, puasa al-‘ashyr (yakni hari-hari kesepuluh awal Dzulhijjah), puasa tiga hari pada setiap bulan dan solat dua rakaat sebelum subuh”. (Riwayat Imam Abu Daud, Ahmad, at-Thabrani dan an-Nasai)

Maksud al-‘Ashyr dalam hadis di atas ialah hari pertama Dzulhijjah hingga hari ke sembilannya. Disunatkan puasa pada hari-hari tersebut terutamaya pada hari ke sembilan iaitu hari Arafah. Malah terdapat hadis lain yang menegaskan bahawa sepuluh hari awal Dzulhijjah adalah hari-hari paling baik untuk beramal dengan apa sahaja amal kebaikan, tidak tertumpu kepada puasa sahaja, iaitu sabda Rasulullah s.a.w.;

“Tidak ada hari-hari di mana mengerjakan amal soleh padanya paling disukai oleh Allah dari hari-hari ini; yakni hari-hari sepuluh awal Dzulhijjah”. (Riwayat Imam Bukhari dari Ibnu ‘Abbas r.a.)

Adapun fadhilat puasa hari Arafah iaitu pada hari ke 9 Dzulhijjah. Dari Abu Qatadah r.a. katanya;

Rasulullah s.a.w. ditanya tentang puasa hari ’Arafah. Baginda bersabda; “(Puasa hari itu) dapat menghapus dosa tahun lalu dan yang akan datang”. (Riwayat Imam Muslim)

Hari Arafah adalah hari yang paling afdhal dari segala hari. Ini kerana Rasulullah bersabda;

"tidak ada satu hari yang paling banyak Allah membebaskan hambanya pada hari tersebut dari api neraka dari hari ‘Arafah”. (Riwayat Imam Muslim)

Namun demikian puasa pada hari Arafah itu hanya disunatkan kepada yang bukan jamaah Haji. Adapun jemaah Haji, mereka tidak disunatkan berpuasa pada hari tersebut, akan tetapi disunatkan berbuka sebagai mengikuti Rasulullah s.a.w. dan untuk memperolehi kekuatan bagi memperbanyakkan berdoa pada hari tersebut. Dari Abu Hurairah r.a. katanya;

“Sesungguhnya Nabi s.a.w. menegah dari berpuasa pada hari ‘Arafah bagi jamaah haji yang berada di ‘Arafah”. (Riwayat Imam Abu Daud, Ahmad, Ibnu Majah dan al-Hakim)

Maimunah isteri Rasulullah s.a.w. menyatakan; “Orang ramai ragu-ragu apakah Rasulullah s.a.w, berpuasa atau tidak pada hari ‘Arafah”. Lalu dia (yakni Maimunah) menghantar kepada baginda satu bekas berisi susu tatkala baginda sedang berwukuf di Padang ‘Arafah itu. Lalu baginda meminum susu tersebut dengan dilihat oleh orang ramai kepadanya. (Riwayat Imam Muslim).

Wallahu A’lam.


walaupun kenyataan ini adalah copy semata mata di harapkan jangan ada
pihak yang salah faham atau membantah yea .
kepada sesiapa yang ingin berpuasa jom kita ramai ramai berpuasa
di awal bulan yang mulia ini .
marilah kita mengikut jejak suci dari baginda RASULULLAH S.A.W kita ini yea
so sekadar perkongsian dan selamat beramal kepada semua
umat islam di muka bumi ini . ALLAHUAKBAR .

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment