Online Diary Secret Of Syazana: Kisah Cinta - Dari ilahi

Kisah Cinta - Dari ilahi

Bismillahirrahmanirrahim , 
Assalamualaikum semuanya , 
Alhamdulillah masih di beri peluang lagi untuk menulis 
blog yang sudah lama di tinggalkan, 
Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah 
masih semangat lagi untuk menulis blog ini dengan pelbagai kisah pertama 
sekali nak ucapkan terima kasih pada semua pembaca setia yang 
sentiasa menunggu dan menanti post post yang terbaru oleh itu cik anna 
nak share sedikit sebanyak cerita yang ada untuk semua
 rakan rakan yang di hormati , bismillah mcm biasa cik anna nak share tentang hati , 
biasa laa kan cik anna kerap sangat share tentang hati dalam
 blog ini nak di jadikan cerita sesungguhnya jika kita bercinta dengan 
orang yang kita cintai memang banyak dugaan nya dari Allah s.w.t

 tapi percayakah anda semua dalam dugaan itu terkadang kita terfikir 

adakah dia benar untuk kita , adakah dia ini jodoh kita adakah dia ini 

yang di kurniakan oleh Allah s.w.t dan pelbagai lagi perkara yang 

akan bermain di fikiran kita kan ? oleh itu pernah tak di kalangan kita 

terfikir akan sesuatu perkara ini , andai pasangan yang hadir itu

sebenarnya adalah jodoh kita cuma kita sahaja yang tidak sedar
akan jodoh yang telah Allah s.w.t berikan ? percaya lah kawan kawan sekalian ,
 bahawasa nya perancangan Allah s.w.t ini tersangat la indah di bandingkan
 perancangan yang kita rancangkan di muka bumi ini , 
cuba kita berhenti sejenak dan berfikir mengikot akal fikiran kita yang
 telah di kurniakan oleh Allah s.w.t , tidak mustahil Allah s.w.t 
menguji kita dengan melihat keburukan , kejahatan seseorang pasangan
 kita itu untuk kita pelajari akan sesuatu perkara dengan redha dan kesabaran .
 sesungguhnya cinta untuk insan yang kita sayang adalah tidak berapa penting 
berbanding cintanya kita kepada Allah s.w.t , cintanya kita kepada Nabi Muhammad s.a.w ,
 cintanya kita kepada kedua ibubapa kita tapi kawan kawan harus 
beringat sesungguh Allah s.w.t telah berjanji bahawa setiap hambaNya 
akan mempunyai pasangan di muka bumi ini mahupun
 lewat atau pun cepat , tapi dalam istilah itu kita sebagai hambaNya 
di muka bumi ini kena tahu dan peka akan sesuatu perkara itu
 kerana dalam sedar atau pun tidak kita sebenarnya sedang 
melihat jodoh kita sendiri , jodoh yang telah Allah s.w.t 
tetapkan untuk kita bersama menuju ke syurga firdausi . 
Tetapi malangnya sekali pada zaman sekarang ramai di kalangan 
kita hanya ingin berseronok ingin berhibur ingin mencari 
kepuasan sehinggakan merosakkan diri sendiri sehingga di luar jangkaan ,
ingat lah kawan kawan sekalian 
bahawasanya dunia kian tua , apa kata jika kita pulang ke jalan yang asal di mana kedua ibu bapa kita telah didik kita dengan keagamaan jangan la kita berkata ibubapa ku tidak kisah akan kelakuan ku ,
ibubapa ku tidak kisah jika aku ingin melakukan ini dan itu
sesungguhnya keluarnya kita dari rahim ibu kita
ayah kita telah mengAZAN kan kita dengan KALIMAH ALLAH
di mana ayat pertama nya ialah ALLAHUAKBAR . 
kafirkah kita waktu itu ? tidak sama sekali kerana diri kita adalah ISLAM
seperti mana nama kita di dalam IC ,
kawan kawan sekalian yang cik anna hormati 
jika diri kita tidak dapat pulang ke jalan Allah s.w.t 
dengan sendiri percaya lah bahawa ada insan lain yang sanggup membantu anda
untuk pulang ke jalan Allah s.w.t mungkin dia seorang kawan mahupun seorang kekasih hati 
percaya lah , bahawa setiap pekenalan kita mempunyai sebab yang tertentu 
mungkin juga untuk kita kenal apa erti penyesalan , apa erti keperitan 
apa erti persahabatan atau pun apa itu sebenernya cinta yang Allah s.w.t
ingin kan untuk kita menempuh di muka bumi ini , 
jika kita telah di kurniakan akan seorang pasangan yang dulunya 
memberi kita cahaya kegembiraan tetapi sekarang ianya sudah pudar ,
percayalah kawan kawan sekalian jangan la kita tinggalkan orang itu 
percaya lah semua itu hanya lah dugaan dari Allah s.w.t untuk melihat 
betapa kuatnya kita menempuh dugaan dariNya ,
jika anda mengatakan dia bukan milik ku lagi solat laa kita 
mintak petunjuk dari Allah s.w.t  dengan menunaikan solat Istikharah 
di mana kita dapat melihat jalan yang benar .
terdapat juga golongan para pemuda pemudi sekarang akan
kerap mengatakan pasangan nya tidak berguna suka memarahinya , 
menuduh nya itu ini dan lain lain lagi ,
jangan lah kita berbalah kerana dalam tak sedar kita juga tergolong 
dalam kalangan mereka , kita mesti tahu kalau kita memaki hamun orang 
mengfitnah atau menuduh terkadang kita akan mendapat dosa kering ? 
untuk apa kita mendapat dosa kering sedangkan dosa kita yang ada sekarang 
belum tentu habis lagi untuk kita meminta ampun pada yang maha ESA 
oleh itu anggaplah semua nya adalah dugaan dariNya ,
letakkan tangan di dada ucapkan lah ALHAMDULILLAH
kerana kita di uji oleh Allah s.w.t 
     ingat lah sesiapa sahaja yang kita di perkenalkan sama ada di musuh atau pun 
kawan baik layan lah mereka dengan elok tanpa ada yang terguris hati mana 
mana pihak sesungguhnya kita tidak tahu siapakah beliau sebetulnya 
kerana jodoh pertemuan semuanya di tangan Allah s.w.t 
kita pun tak akan tahu orang yang kita hina kita marah kita maki itu 
dulu adalah jodoh kita yang akan Allah s.w.t pertemukan semula 
biarlah sebesar mana pun kesalahan pasangan kita lakukan 
anggapkan sahaja la dugaan kita ampun kan lah semua kesalahan nya 
siapakah kita ini untuk menghukum mereka menuduh mereka dan sebagai nya 
rendahkan lah diri kita redha kan lah hati kita ini dengan semua pekara yang berlaku , 
baik lah cik anna dapat berkongsi sedikit sebanyak sahaja yang mana cik anna tahu
in sha allah jika ada masa nya lagi cik anna akan cuba sambungkan lagi cerita yang 
cik anna ceritakan ini tadi yea . apa apa pun terima kasih banyak banyak untuk
kawan kawan yang sudi membaca post cik anna yang tidak seberapa ini 
Assalamualaikum .

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment