Online Diary Secret Of Syazana

Bismillahirahmannirrahim
Syukur Alhamdulillah kepada Allah s.w.t kerana memberi lagi
peluang pada cik anna mengarang dan menulis kisah kisah yang menarik
di dalam blog cik anna yang dah lama cik anna tinggal kan .
kepada pembaca setia blog cik anna , pasti anda semua perasankan
yang cik anna dah pun menukar semua nya layout dan membuatkan
blog cik anna nie berwajah yang baru dan lebih fresh untuk kita semua baca
dan tatapkan sewaktu berada di dalam blog cik anna nie .
Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah
cik anna lebih bersemangat lagi dan lebih yakin kembali diri ini
untuk kembali melakukan hobi , minat dan kegiatan hari cik anna untuk
mengarang kembali , berkongsi cerita dan kisah kisah yang tentang cik anna
di dalam blog yang tidak seberapa ini .
ok la dari kita nak mengarang panjang panjang nie tak da guna nya juga kan
so untuk permulaan ini cik anna tak nak la cerita apa apa lagi
anggap saja ni warm up untuk tangan cik anna nak taip laju laju dan
share bertubi tubi apa yang terlintas di dalam hati nie yer dok .
so untuk entry pos kali nie cik anna cuma nak share la sikit tentang perkara yang
agak un formal untuk kita semua baca , senang ceqita benda macam bersembang la
haaa keluar dah ayat penang dia tu hahaha .
ok ok back to the topic la kan cik anna sebetuinya rindu sangat nak taip
tapi apakan daya setiap orang yang kian membesar nie mesti ada
banyak tangungjawab yang perlu dia buat kan tak kisah la dah kerja kan
dah nikah kawen ka ada anak or sebagainya kan . 
oleh itu kisah cik anna nie biasa la tentang life yang kian bercorak corak .
macam kita pergi kilang batik la kan sehelai kain putih yang bersih jernih
di ukir di lukis di hiasi dengan corak corak yang tersangat lah indah terkadang
ada juga corak yang tak jadi tak elok tak lawa yea dok kan
macam tu juga la gambaran yang dapat cik anna berikan untuk kita semua
faham akan situasi seseorang yang hidup di muka bumi ini .
walau apa pun cik anna nak bagitahu kepada pengikut pengikut tegar blog cik anna
yang ada kerap inbox tanya blog bila nak update bila nak itu ini .
cik anna nak share la kepada korang yang cik anna akan aktif balik yea
dan mana yang tanya tentang kisah hati perasaan tu ,
cik anna nak habaq Alhamdulillah cik anna dah jumpa dah
sang arjuna yang dulu nya cik anna tergedix sangat tunggu dan menanti kan
now Alhamdulillah berkat sabar usaha dan doa
Allah s.w.t dah kurniakan seorang hamba Allah yang di nanti nanti kan
walaupun dia sederhana tidak bergitu hebat , tidak bergitu kaya dan sempurna 
bersyukur la pada yang maha esa kerana ia telah pun kurniakan cik anna
untuk membimbing cik anna untuk menjadi yang lebih baik dan lebih berguna
*cewah berbunga kembali dah ayat ayat nie , ingat kan dah pencen untuk berpuitis nie
HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA
will itu la cik anna di mana dari dulu zaman tok kadok zaman budak budak
sampai la zaman lani dia asyik dok cakap tentang hati perasaan dan cinta ja
benda lain dia tak reti cakap kot gamaknya kan .
tak apa la masa masih panjang lagi untuk kita teruskan dan tempuhi
jangan risau la cik anna akan share macam macam lagi benda yang menarik dalam
blog nie nanti hangpa semua jangan boring jangan lari sudah la noh
kesian blog cik anna tak dak yang nak melawat lagi dah . hehehe
kepada yang baru mengenali cik anna , cik anna nak cakap selamat datang ke blog cik anna
kepada yang baru nak kenal tu rajin rajin la baca blog entry yang lama lama ya .
dan kepada orang yang cik anna maksudkan nie ,
cik anna rasa dia tak kenal cik anna 100% lagi
so kepada awak kalau awak rajin awak baca la yea .
diri saya nie seorang yang pendiam di mulut tapi celoteh di jari
cik anna hanya pandai menulis mengarang dan berpuitis sahaja dari bercakap
bermadah dan meluahkan melalui kata kata .
oleh itu kepada awak rerajin kan la diri tu masuk dan melawat tempat yang berhabuk nie
jangan la segan silu yea tak ada benda yang bukan bukan pun dalam nie semuanya
di tapis dan di lindungi cewahh hahaha
ok la ok la cakap tadi nak kongsi benda sikit ja nie tengok dah berkarang serupa budak
spm dah nie apa cerita cik anna oi sudah laa yea taip to
nanti nanti pula sambungnya yea .
ok lah itu ja la yang cik anna nak kongsikan harap harap nanti ada la lagi masa
untuk cik anna share dengan hangpa semua tentang tentang kisah yang menarik .
so sampai sini saja la cik anna nak merepek merapu meraban pun .
Assalamualaikum semua kawan kawan yang melawat blog cik anna nie
terima kasih kerana luang kan masa untuk membaca entry dari cik anna nie yea . 

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment